Kelantan Bentang Enakmen Keluarga Islam Baharu Minggu Depan

Kelantan Bentang Enakmen Keluarga Islam Baharu Minggu Depan

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan akan membentangkan Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam baharu pada Selasa depan, bagi menggantikan versi lama yang terakhir dipinda pada 2002.

Yang Dipertua DUN, Datuk Amar Abdullah, berkata enakmen tersebut akan menaikkan had denda dan memperkenalkan kesalahan baharu berkaitan hal kekeluargaan Islam, terutama dalam urusan perkahwinan.

Rang undang-undang itu akan dibentangkan oleh Asri Mat Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah Negeri, dalam sidang DUN selama lima hari yang bermula esok.

Menteri Besar Datuk Nassuruddin Daud akan membentangkan Belanjawan Negeri pada hari pertama persidangan.

terengganunews.my

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )