
Ancaman Bom Palsu: Polis Jerman Siasat Empat Suspek
BERLIN: Polis Jerman menyerbu beberapa lokasi di empat negeri selepas sekolah, stesen kereta api dan fasiliti awam menerima ratusan e-mel ancaman bom palsu.
Empat individu termasuk dua remaja dipercayai terlibat.
Ancaman tersebut menyebabkan banyak operasi polis dilancarkan.
Pendakwa raya berkata tindakan itu bertujuan menimbulkan panik dan mengganggu ketenteraman awam.

