Tuduhan Kerjasama Dengan BN Adalah Tidak Benar – UPKO

Tuduhan Kerjasama Dengan BN Adalah Tidak Benar – UPKO

UPKO: Tuduhan Kerjasama Dengan BN Adalah Tidak Benar, Tindakan Undang-Undang Dipertimbang

KOTA KINABALU: UPKO Malaysia menafikan dakwaan bahawa parti itu sedang menjalinkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN), susulan penyebaran sebuah gambar lama yang dijadikan bahan fitnah di media sosial.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook, UPKO menjelaskan bahawa gambar bertarikh 1 November 2025 itu disalah tafsir oleh pihak tertentu sehingga menimbulkan persepsi palsu mengenai kerjasama politik.

Parti itu turut menegaskan bahawa UPKO telah keluar daripada Pakatan Harapan (PH) pada 10 November dan selepas itu tidak pernah menjalin sebarang bentuk kerjasama dengan parti dari Semenanjung.

UPKO memberi tempoh kepada pihak terlibat untuk memohon maaf secara terbuka atau berisiko berdepan tindakan di bawah Akta Fitnah 1957.

 

terengganunews.my

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )