Dua Jalan di Terengganu Ditutup Berikutan Kenaikan Air

Dua Jalan di Terengganu Ditutup Berikutan Kenaikan Air

MARANG, 26 November – Dua laluan di Terengganu terpaksa ditutup kepada semua kenderaan selepas dinaiki air susulan hujan berterusan sejak pagi tadi.

Pengarah Kerjaraya Terengganu, Ir. Dr. Hasli Ibrahim, memaklumkan bahawa Jalan Penghubung Lebuhraya Pantai Timur (LPT)–Bukit Payong, berhampiran persimpangan lampu isyarat di Laluan Persekutuan FT250, ditutup sepenuhnya apabila air naik sehingga 0.8 meter.

Penutupan bermula sekitar 10 pagi dan dijangka berlanjutan sehingga dua hari, bergantung kepada keadaan cuaca.

Beliau berkata, pengguna masih boleh melalui laluan alternatif di kawasan berhampiran persimpangan FT250 dengan menggunakan susur keluar ke Pasir Tinggi.

Dalam masa sama, satu lagi jalan terjejas di Setiu turut ditutup, iaitu Jalan Permaisuri–Hulu Seladang di Kampung Besut, selepas laluan berkenaan turut dinaiki air. Buat masa ini tiada laluan alternatif disediakan.

Hasli turut menasihati pengguna jalan raya supaya mematuhi arahan pihak berkuasa dan sentiasa berhati-hati terutama pada musim tengkujuh.

wilayah.com.my

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )