ASEAN Sepakat: Malaysia Pandu Suara Serantau Menuju COP30

ASEAN Sepakat: Malaysia Pandu Suara Serantau Menuju COP30

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia kini menjadi pemacu utama suara serantau dalam perjuangan menentang perubahan iklim di pentas dunia.

Menurut Datuk Seri Huang Tiong Sii, Kenyataan Bersama ASEAN mengenai Perubahan Iklim yang dimuktamadkan di Langkawi dan diluluskan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, menandakan titik tolak baharu penyatuan pendirian ASEAN dalam isu global.

“ASEAN kini bersuara sebagai satu entiti kukuh, menekankan tanggungjawab bersama namun berbeza dalam menangani krisis iklim,” ujarnya.

Malaysia akan membawa semangat itu ke COP30 menerusi Pavilion Malaysia, yang bukan sekadar menampilkan inisiatif nasional, tetapi juga menjadi platform diplomasi hijau ASEAN di peringkat antarabangsa.

Dengan dasar-dasar utama seperti NETR, LT-LEDS, dan NCCP 2.0, Malaysia kini bersedia memimpin transformasi ke arah ekonomi rendah karbon menjelang 2050.

terengganunews,my

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )