PRN Sabah: Manifesto BN Dibentuk Mengikut Aspirasi Rakyat — Wanita UMNO Sabah

PRN Sabah: Manifesto BN Dibentuk Mengikut Aspirasi Rakyat — Wanita UMNO Sabah

KOTA KINABALU: Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 disifatkan sebagai pelan pembangunan yang dirangka secara teliti berdasarkan aspirasi rakyat Sabah, kata Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Noraini Idris.

Beliau berkata dokumen itu bukan sahaja menghimpunkan keutamaan pembangunan, malah mencerminkan harapan rakyat yang inginkan masa depan lebih stabil dan makmur.

“Segala tawaran dalam manifesto ini adalah komitmen yang akan BN laksanakan sekiranya rakyat mengembalikan mandat pada 29 November ini,” katanya selepas majlis pelancaran manifesto di Bangunan UMNO Sabah.

Antara fokus utama ialah cadangan menubuhkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Sabah supaya negeri itu memiliki kementerian khusus seperti yang wujud di Sarawak dan Kerajaan Persekutuan.

Menurut Noraini, kementerian baharu itu penting bagi memastikan isu wanita, kanak-kanak dan kebajikan masyarakat diberi perhatian lebih mendalam.

Beliau menegaskan bahawa tawaran BN lebih realistik dan boleh dilaksanakan berbanding manifesto pihak lawan.

Manifesto yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu menampilkan enam teras utama di bawah Rancangan Pembangunan Sabah Satu (RPS1), termasuk pembangunan ekonomi, pendidikan, belia, tadbir urus, kebajikan masyarakat dan kelestarian alam.

terengganunews.my

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )