
72 Calon SPM Dipindah Ke PPS Khas SMK Dusun Nanding
HULU LANGAT — SMK Dusun Nanding telah mengaktifkan PPS khas bagi menempatkan calon SPM yang terjejas di Sungai Serai, melibatkan pemindahan 72 pelajar daripada PPS SK Sungai Serai.
Sebanyak 55 calon bermalam di PPS tersebut selepas dipindahkan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) antara jam 6 hingga 9 malam.
Pengetua Rozman Abdul Kadir berkata PPS itu menyediakan kemudahan makan, ruang belajar dan kawasan rehat, manakala guru ditempatkan sebagai pegawai sokongan bagi memastikan keselamatan dan disiplin pelajar.
Langkah itu dilakukan bagi memastikan peperiksaan SPM dapat dilalui tanpa gangguan walaupun kawasan sekitar dilanda banjir.

