
Cef Muda Pahang Serlahkan Bakat di Peringkat Negeri Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC) 2025
MAGGI® terus pupuk minat memasak dan cungkil bakat generasi depan bersama Kementerian Pendidikan menerusi kreativiti, inovasi dan kepakaran kulinari yang mencorakkan kepelbagaian makanan Malaysia
Dari Pantai Timur hingga ke ibu negara, bintang kulinari muda dari Pahang telah menyerlah di pentas Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC) Ke-28 dengan membawa keunikan cita rasa serta tradisi Pantai Timur ke pentas kebangsaan. Majlis turut diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan mencemar duli berangkat ke majlis tersebut.

Tema tahun ini, ‘RAMUAN WARISAN, CITARASA NEGERI’, menyaksikan seramai 866 pelajar berumur 13–17 tahun dari 16 negeri, membayangkan semula hidangan yang digemari dengan sentuhan kreatif. Untuk pertama kalinya, pertandingan ini diperluas untuk menyertakan pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, yang lebih mengukuhkan komitmen MAGGI® untuk memberikan peluang yang sama kepada lebih ramai belia untuk mempelajari asas-asas makanan, dengan tujuan untuk memupuk hubungan yang sihat dengan makanan sambil mempromosikan pemakanan dan masakan yang sihat. Peserta dari Pahang menambat hati pengadil dengan resipi yang berinspirasikan ramuan asli, tradisi serta kaedah memasak warisan, membuktikan bahawa warisan masakan serantau merupakan khazanah yang mencorakkan masa depan landskap makanan Malaysia.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama berterusan, MAGGI® dengan Kementerian Pendidikan sejak 1997, MSSCC telah memperkasa hampir 350,000 pelajar, bukan sahaja dengan kemahiran memasak asas, malah melengkapkan pelajar dengan kemahiran hidup seperti kerjasama sepasukan, disiplin dan kreativiti. Bagi pelajar di Pahang, ada yang sanggup merentasi beratus-ratus kilometer semata-mata untuk ke peringkat akhir di Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah, Pekan dan pengalaman ini menjadi lambang ketabahan, kebanggaan terhadap budaya sendiri dan juga perkembangan diri.
Bukan Setakat Di Dapur– Inspirasi untuk Tukang Masak Harian Membina Kerjaya Cemerlang
Encik Zaifol Bahrizan Bin Mohammad Zan, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pekan, memuji peranan pertandingan ini dalam merapatkan hubungan antara pelajar dari pelbagai latar belakang. Beliau berkata, “Kerjasama dengan MAGGI® telah membuka peluang kepada pelajar dari seluruh negara termasuk komuniti di Pahang, Terengganu dan Kelantan untuk belajar dan berkembang. Mereka dapat menguasai pengetahuan asas tentang pemakanan, sekali gus membina asas kukuh dalam bidang makanan.”
Beliau turut mengiktiraf kerjasama tersebut, “MSSCC telah menjadi wadah penting dalam memberikan pelajar pendedahan dunia sebenar berkaitan makanan. Lebih daripada sekadar memasak, inisiatif ini menyemai keyakinan diri, menggalakkan inovasi, dan memelihara warisan kulinari kita untuk generasi akan datang. Pengalaman ini membawa pengajaran yang melangkaui bilik darjah dan mempersiapkan mereka menghadapi masa hadapan.”
Cik Ivy Tan Link Cheh, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia dan Singapura, berkata, “MSSCC membuktikan bahawa kepakaran kulinari Malaysia tiada batasan. Dari Pantai Timur hingga ke Pantai Barat, para chef muda berkongsi warisan, saling belajar, dan menyatukan semangat bersama menerusi keenakan makanan. Kami berbangga dapat menyediakan pentas untuk mereka menyerlahkan kreativiti, warisan dan kesungguhan untuk menyediakan makanan yang berkualiti, seimbang dan berasaskan kekayaan budaya masing-masing.”
“Menerusi MSSCC, kami berhasrat untuk memupuk generasi akan datang bukan sahaja mahir dari segi praktikal, tetapi juga yakin dan bersemangat untuk terus berkembang, lebih daripada sekadar meraih kemenangan. Bersama barisan mentor yang komited, kami menggalakkan pelajar membina hubungan positif dengan makanan melalui penerokaan dan inovasi, sambil memastikan pengalaman memasak kekal menyeronokkan dan seimbang.”
Pahang Menyajikan Cita Rasa Kebanggaan Negara
Di Pahang, juri telah menobatkan Maya Ainesya Binti Mahayuddin dan Nur Ashafini Binti Shaiful Adli dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan untuk mewakili negeri dalam Peringkat Akhir. Hidangan kemenangan mereka, Ikan Patin Masam Manis Walinong Sari, menampilkan penghargaan terhadap budaya tempatan Pahang, menggabungkan tradisi dengan sentuhan moden dalam persembahannya. Finalis lain juga menyerlah dengan kreativiti masing-masing daripada usaha menggunakan hasil tempatan secara mampan sehinggalah mengolah semula resipi turun-temurun keluarga dengan kaedah masakan inovatif.
Maya Ainesya dan Nur Ashafini berkongsi “MSSCC memang satu pengalaman yang sangat menyeronokkan! Kami bersyukur kerana diberi peluang untuk berjumpa dan berkenalan dengan ramai rakan berbakat dari seluruh negeri. Dengan sokongan serta tunjuk ajar guru kami, Noraen Binti Zaini, kami berjaya menghasilkan Ikan Patin Masam Manis Walinong Sari, olahan baharu yang diinspirasikan daripada ikan patin sebagai ikan simbolik Pahang dan Walinong Sari, puteri legenda negeri Pahang. Perjalanan ini benar-benar bermakna, dan nilai yang kami pelajari akan sentiasa kami bawa bersama, bukan hanya di dapur tetapi juga dalam kehidupan seharian.”

Dari Pantai Timur juga, pelajar dari Terengganu membuktikan semangat kental dan kesungguhan, apabila Muhammad Amsyar Haikal bin Abdullah dan Muhammad Danial Asyraf bin Awang@Ahmad dari Sekolah Menengah Kebangsaan Belara muncul sebagai juara negeri, sekaligus melayakkan diri mewakili Terengganu ke peringkat kebangsaan. Mereka berkata: “Penyertaan dalam MSSCC telah membuka pandangan dan ilmu kami jauh melangkaui bilik darjah, terutamanya tentang kepentingan pemakanan seimbang dan sihat yang memberi kesan kepada tubuh badan. Pertandingan ini juga meningkatkan keyakinan serta memberi inspirasi kepada kami untuk terus belajar dan berkongsi minat terhadap makanan tradisional. Dengan mengaplikasikan teknik masakan moden, kami dapat mencabar kreativiti sendiri dengan cara baharu dan menyeronokkan. Kami cuba, kami belajar, dan akhirnya kami berjaya.”
Grand Finale MSSCC 2025 akan berlangsung pada bulan Oktober, menghimpunkan 16 pasukan pemenang dari peringkat negeri untuk merebut gelaran juara kebangsaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai MAGGI® MSSCC 2025, tolong layari:
https://www.maggi.my/ms/memupuk-generasi-muda/.
Mengenai MAGGI®
MAGGI® ialah jenama makanan No.1 di Malaysia. Misi utamanya adalah untuk mencipta detik-detik indah menyediakan sajian kebahagiaan yang mengukuhkan ikatan kekeluargaan. Menerusi pelbagai rangkaian produk dan penyelesaian makanannya, MAGGI® membantu rakyat Malaysia menyediakan sajian makanan masakan rumah yang lazat dan seimbang untuk diri sendiri atau keluarga mereka setiap hari. Jenama ini juga komited untuk memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah, menyediakan penyelesaian inovatif daripada mi kepada produk kulinari, yang akan terus menceriakan dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia memasak makanan segar yang digemari dan diyakini mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.maggi.my.
Mengenai Nestlé Malaysia: Menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad
Sejak 1912, Nestlé menjana khasiat rakyat Malaysia dan meraih kepercayaan mereka menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami berbangga untuk memainkan peranan kami sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, dengan berusaha menambah baik komuniti di tempat kami beroperasi. Pada hari ini, kami mengendalikan enam kilang yang disokong oleh tenaga kerja seramai lebih 5,000 rakyat Malaysia, Semua produk kami adalah Halal, menjadikan kami pengeluar Halal terbesar bagi Nestlé di peringkat global. Kami bertekad untuk membekalkan produk bermutu tinggi yang halal dan berkhasiat dengan mengutamakan kelestarian sebagai nadi amalan perniagaan kami – Dibuat di Malaysia, oleh rakyat Malaysia, untuk semua rakyat Malaysia.
Sebagai pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia, dengan ibu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 negara. Dengan tenaga kerja lebih 270,000 kakitangan yang berdedikasi, kami berpegang kepada matlamat kami untuk memanfaatkan kelebihan makanan untuk merungkai kuasa makanan, meningkatkan kualiti kehidupan untuk semua, pada hari ini dan juga demi generasi masa depan. Komitmen kami kepada pemakanan, kesihatan dan kesejahteraan memacu prestasi kami, memastikan kami mengotakan janji GOOD FOOD, GOOD LIFE.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan kami menjana khasiat rakyat Malaysia lebih seabad, sila layari laman web kami di https://www.Nestlé.com.my/ask-Nestlé/we-are-Nestlé.

