Pendapatan Bertambah, Kerugian Pos Malaysia Mengecil Dalam Suku Ketiga

Pendapatan Bertambah, Kerugian Pos Malaysia Mengecil Dalam Suku Ketiga

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Bhd mengurangkan kerugian suku tahunannya kepada RM45.23 juta, disokong oleh peningkatan pendapatan kepada RM462.77 juta hasil prestasi lebih kukuh dalam sektor pos dan penerbangan.

Jumlah penghantaran bungkusan meningkat 15 peratus tahun ke tahun, menandakan permintaan stabil, namun hasil masih dalam tekanan akibat harga pasaran yang kompetitif.

Segmen aviation mencatat pertumbuhan konsisten, sementara Pos Logistics meneruskan proses penstrukturan unit-unit yang kurang menguntungkan.

Menurut CEO Charles Brewer, tumpuan syarikat kini terarah kepada transformasi jangka panjang serta perundangan pos baharu yang akan menyokong masa depan syarikat.

terengganunews.my

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )