
Jepun Kerah Tentera Bantu Buru Beruang Liar
TOKYO: Jepun mengerahkan anggota tentera ke wilayah Akita untuk membantu memburu beruang liar selepas peningkatan serangan terhadap penduduk.
Lebih 100 kes serangan direkodkan sejak April lalu dengan 12 kematian, menurut Kementerian Alam Sekitar Jepun.
Operasi bermula di Kazuno, dengan tentera membantu memasang dan memeriksa perangkap, manakala pemburu profesional akan melupuskan haiwan berkenaan.
Datuk Bandar Kazuno, Shinji Sasamoto berkata, penduduk kini hidup dalam ketakutan dan banyak aktiviti komuniti dibatalkan.
Tahun ini, kes penampakan beruang meningkat enam kali ganda, melebihi 8,000 laporan, menyebabkan Pasukan Pertahanan Diri Jepun dikerah ke beberapa bandar termasuk Odate dan Kitaakita hingga akhir November.

