Program SULAM UiTM Bukti Pendidikan Boleh Menyentuh Jiwa Masyarakat

Program SULAM UiTM Bukti Pendidikan Boleh Menyentuh Jiwa Masyarakat

Program SULAM yang dilaksanakan oleh pelajar UiTM Puncak Alam di Masjid An-Nur, Saujana Utama, membuktikan bahawa pendidikan tidak harus terhad kepada teori semata-mata.

Melalui gabungan ilmu, kemahiran dan amal, pelajar bukan sahaja belajar tentang pengurusan makanan dan hospitaliti, tetapi juga nilai sosial dan kepimpinan.

“Pendidikan yang baik adalah pendidikan yang kembali kepada masyarakat,” ujar Prof. Dr. Chemah Tamby Chik, yang menyifatkan kejayaan program ini sebagai bukti UiTM berjaya melahirkan pelajar berjiwa rakyat.

Program yang disertai lebih 60 pelajar itu turut diserikan dengan kehadiran pemimpin tempatan dan diakhiri dengan jamuan Sarapan Perdana Subuh bersama hampir 300 jemaah masjid.

terengganunews.my

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )