
Jelajah ASEAN Dengan Tambang Murah – AirAsia Kembali Dengan ‘Minggu ASEAN’
KUALA LUMPUR: Buat pengembara yang rindu menjelajah negara jiran tanpa berbelanja besar, AirAsia kini memperkenalkan semula kempen popularnya, ‘Minggu ASEAN’, dengan tawaran tambang rendah untuk destinasi pilihan seluruh rantau.
Kempen ini dibuka hingga 9 November, dengan tambang sehala bermula dari RM59, sah untuk perjalanan sehingga 30 November 2025.
Daripada Kota Kinabalu ke Singapura, Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh City, atau Kuching ke Jakarta, penumpang berpeluang menikmati pelbagai pengalaman menarik – dari budaya, makanan, hingga seni tempatan – pada harga berpatutan.
Menurut AirAsia, kempen ini bukan sekadar promosi tambang murah, tetapi juga usaha untuk meraikan kepelbagaian budaya dan semangat perpaduan ASEAN melalui kembara yang mampu dimiliki semua lapisan masyarakat.
“Setiap penerbangan adalah peluang untuk memahami budaya serantau dan memperkukuh hubungan antara rakyat ASEAN,” kata AirAsia dalam kenyataan.
Tempahan boleh dibuat menerusi AirAsia Superapp atau www.airasia.com.

