“PixVerse Perkenal Ciri Remix, Galak Kolaborasi Kreatif Global”

“PixVerse Perkenal Ciri Remix, Galak Kolaborasi Kreatif Global”

SINGAPORE, 11 Nov 2025 — Platform video berasaskan kecerdasan buatan (AI) PixVerse, yang kini mempunyai lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia, melancarkan ciri baharu dinamakan Remix, seminggu selepas memperkenalkan kemas kini Swap. Kedua-dua inovasi ini menandakan langkah penting ke arah pengalaman penciptaan video AI yang lebih sosial, interaktif dan berteraskan komuniti.

Melalui Remix, pengguna boleh menghasilkan video baharu atau menafsir semula video sedia ada sambil mengekalkan struktur, pergerakan dan tempo asal. Pengguna boleh mengimport video kegemaran terus ke dalam aplikasi untuk memperluas jalan cerita, mengubah gaya visual atau memberi sentuhan peribadi. Proses ini menjadikan penciptaan kandungan sebagai satu perjalanan kreatif bersama, bukan lagi pengalaman individu semata-mata.

PixVerse kini diiktiraf antara 25 Aplikasi Pengguna GenAI Terbaik oleh a16z dan tersenarai dalam tiga syarikat pemula Asia paling menjanjikan 2025 oleh The Information. Reka bentuk antara muka baharu satu lajur yang menyerupai gaya pelayaran media sosial turut memudahkan carian kandungan dan meningkatkan interaksi pengguna.

Ciri Remix memastikan setiap hasil yang diubah suai akan dikaitkan semula dengan pencipta asal melalui sistem komentar automatik, sekali gus menjamin penghargaan dan pengiktirafan yang wajar terhadap idea asal.

Dikuasakan oleh seni bina Diffusion + Transformer (DiT) V5, Remix menghasilkan video berkualiti tinggi dengan pantas, menampilkan pergerakan semula jadi, pencahayaan realistik dan resolusi 1080p. Pembelajaran pengukuhan (RLHF) turut digunakan untuk memperhalus kualiti visual agar lebih menarik secara estetik.

PixVerse turut menggabungkan model penjana imej terkini seperti Nano Banana, Seedream, dan Qwen bagi membolehkan pencipta bergerak daripada imej pegun kepada naratif animasi. Dengan lebih 100 juta pengguna berdaftar dan 16 juta pengguna aktif bulanan, PixVerse terus menerajui dunia kreatif digital. Fenomena “Transition Effect” yang telah mencatat lebih satu bilion tontonan membuktikan potensi AI sebagai jambatan antara kreativiti dan kolaborasi sejagat.

terengganunews.my

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )