‘Klepet’ Disunting Besar-Besaran, 35 Minit Adegan Kasar Dipotong – Sanji

‘Klepet’ Disunting Besar-Besaran, 35 Minit Adegan Kasar Dipotong – Sanji

KUALA LUMPUR: Pengarah Klepet, Sanji, mengakui bahawa beliau memotong hampir 35 minit adegan dan dialog kasar sebelum menghantar filem itu kepada LPF, termasuk bahagian yang mengandungi kata-kata lucah dan carutan.

Sanji berkata keputusan itu dibuat untuk memastikan Klepet mematuhi garis panduan yang ditetapkan dan tidak menyinggung sensitiviti penonton.

“Versi yang anda tonton sudah melalui proses ketat. Banyak saya potong, sebab itu ada babak nampak terputus,” katanya.

Tambahnya lagi, jenaka dalam Klepet disampaikan secara berlapis dan tidak semuanya bersifat terus terang.

“Humor itu subjektif. Bila LPF luluskan, maknanya ia masih dalam batas yang dibenarkan,” katanya.

Beliau menyatakan Klepet unik kerana menggabungkan komedi komikal, animasi dan lawak spontan.

Filem itu berkisah tentang tiga rakan pengembara yang hidup dalam motorhome sebelum keadaan menjadi kecoh akibat kehadiran seorang gadis dari Ukraine. Tayangan bermula 27 November.

terengganunews.my

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )