
“Mereka bebas, tapi kami masih berduka”: Keluarga mangsa kecewa keputusan Boeing
WASHINGTON — “Mereka boleh bayar berbilion, tapi anak saya tidak akan kembali.”Itu luahan salah seorang keluarga mangsa nahas Ethiopian Airlines 302, selepas mahkamah Amerika Syarikat memutuskan untuk menggugurkan pertuduhan jenayah terhadap Boeing.
Keputusan tersebut, yang membabitkan perjanjian AS$1.1 bilion antara Boeing dan DoJ, dilihat oleh keluarga mangsa sebagai satu penghinaan terhadap keadilan.
Mereka menuduh Boeing menipu pihak berkuasa penerbangan mengenai sistem MCAS — komponen yang menjadi punca dua tragedi maut 737 Max di Indonesia dan Ethiopia, mengorbankan 346 nyawa.
“Kami mahu kebenaran, bukan pampasan,” tegas Paul Cassell, peguam yang mewakili keluarga mangsa.
Walaupun Boeing berjanji untuk memperkukuh keselamatan, ramai yang percaya kepercayaan manusia tidak boleh ditebus dengan wang.

