Lelaki Cedera, Pokok Tumbang Hempap Kereta di Jalan Sultan Tengah

Lelaki Cedera, Pokok Tumbang Hempap Kereta di Jalan Sultan Tengah

KUCHING: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Tengah, petang tadi.

Menurut Bomba Sarawak, kejadian berlaku pada 2.16 petang dan pasukan dari Balai Bomba Petra Jaya tiba lima minit kemudian.

Pemandu mengalami kecederaan bahu, manakala dua wanita dan seorang kanak-kanak yang bersamanya tidak cedera.

Orang awam membantu mengeluarkan semua mangsa sebelum pasukan penyelamat tiba. Bulan Sabit Merah Malaysia memberikan rawatan awal kepada mangsa di lokasi.

Bomba kemudiannya mengalihkan pokok dan membersihkan jalan bagi memastikan keselamatan pengguna lain.

terengganunews.my

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )