ART timbul persoalan kedaulatan, isu Guan Eng hangatkan Dewan Rakyat

ART timbul persoalan kedaulatan, isu Guan Eng hangatkan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 7 Nov — Perbahasan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat bertukar panas apabila Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh, mengkritik Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia–Amerika Syarikat yang didakwa boleh menjejaskan kedaulatan dasar negara.

Beliau mempersoalkan peranan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang hanya mengeluarkan kenyataan sembilan hari selepas perjanjian dimeterai, tanpa penjelasan menyeluruh tentang kandungannya.

“Banyak pihak, termasuk dalam kerajaan sendiri, bimbang ART ini boleh menggugat kedaulatan negara,” katanya, sambil menambah bahawa terdapat peruntukan yang boleh menghalang kerajaan memberi bantuan kepada institusi seperti MARA, PETRONAS dan FELDA.

Ketika Ahli Parlimen Kuala Terengganu mencelah mengenai exit clause, Che Zulkifly menegaskan perkara itu perlu diperjelas agar kerajaan tidak terdedah kepada tindakan undang-undang antarabangsa jika menarik diri daripada perjanjian.

Suasana Dewan kemudian menjadi tegang apabila beliau membangkitkan isu pelantikan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, sebagai Pengerusi Kehormat ASEAN-China Association for the Promotion of Industrial Cooperation and Development, walaupun masih berdepan kes di mahkamah.

Kenyataan itu dibantah oleh Ahli Parlimen Jelutong, namun Che Zulkifly enggan menarik balik ucapannya.
“Saya hanya nyatakan fakta bahawa dia dituduh di mahkamah, bukan saya bincang kes,” tegasnya, sebelum menyindir kewujudan ‘double standard’ dalam kalangan ahli Dewan.

terengganunews.my

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )