
Cklamovski Doakan Arif Pulih Cepat, Puji Pemain Lain Ambil Tanggungjawab
PETALING JAYA: Harapan Harimau Malaya terhenti seketika apabila Arif Aiman terpaksa dikeluarkan awal akibat kecederaan ketika bertemu Nepal.
Menurut jurulatih Peter Cklamovski, Arif akan menjalani imbasan selepas beliau sendiri tidak dapat melihat insiden itu dengan jelas dari kawasan teknikal.
“Saya hanya sempat tengok sekejap. Kita harap tiada apa-apa yang serius,” katanya.
Beliau berasa lega melihat pemain lain segera menyesuaikan diri dan membantu pasukan meraih kemenangan tipis.

