Getty Images Kalah Sebahagian Besar Kes Tuntutan AI di Mahkamah Tinggi UK

Getty Images Kalah Sebahagian Besar Kes Tuntutan AI di Mahkamah Tinggi UK

Pertikaian panjang antara Getty Images dan firma kecerdasan buatan Stability AI mencapai noktah penting di Mahkamah Tinggi London apabila syarikat penyedia imej global itu kalah sebahagian besar dakwaannya terhadap pengeluar sistem Stable Diffusion.

Getty, yang berpangkalan di Seattle, mendakwa Stability AI telah menggunakan berjuta-juta imej berhak cipta miliknya untuk melatih model AI tanpa kebenaran.

Model tersebut kemudiannya digunakan untuk menghasilkan imej baharu daripada arahan teks — termasuk beberapa yang memaparkan tanda air Getty.

Namun, tuntutan utama berhubung pelanggaran hak cipta terpaksa digugurkan pertengahan perbicaraan akibat kekurangan bukti mengenai lokasi sebenar latihan model AI tersebut.

Hakim Joanna Smith hanya mengiktiraf sebahagian kecil tuntutan Getty berkaitan pelanggaran cap dagangan, menyifatkannya sebagai “sejarah tetapi sangat terhad skopnya.”

Getty dalam kenyataan media menegaskan bahawa walaupun keputusan itu bersifat terhad, ia tetap mengesahkan bahawa model AI boleh dikenakan tindakan atas pelanggaran hak cipta dan cap dagangan.

Syarikat itu menyifatkan keputusan berkenaan sebagai “landasan penting” yang akan dimanfaatkan dalam kes mereka di Amerika Syarikat.

Susulan keputusan tersebut, saham Getty jatuh sebanyak 3.6 peratus dalam dagangan pra-pasaran di Bursa Saham New York pada 7.40 malam waktu Malaysia.

–terengganunews.cy

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )