KDN Rancang Tambah Rumah Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Manusia

KDN Rancang Tambah Rumah Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Manusia

KUALA LUMPUR, 10 Nov — Kementerian Dalam Negeri (KDN) merancang menambah bilangan rumah perlindungan bagi mangsa pemerdagangan manusia dalam usaha memperkukuh sistem sokongan negara serta komitmen terhadap hak asasi manusia, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Bercakap pada sambutan Hari Menentang Pemerdagangan Manusia Sedunia (WDAT) 2025 di Putrajaya, beliau berkata kerajaan menyedari keperluan segera menyediakan lebih banyak pusat perlindungan dan sokongan menyeluruh kepada mangsa yang diselamatkan.

“Antara isu yang dibangkitkan ialah keperluan membina lebih banyak rumah perlindungan. Sebelum ini, satu lokasi telah dikenal pasti dengan kerjasama Mapo, namun gagal direalisasikan. Keadaan seperti ini tidak boleh berulang,” katanya merujuk kepada Majlis Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (Mapo).

Saifuddin menegaskan penubuhan rumah perlindungan baharu memerlukan kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, NGO dan rakan antarabangsa bagi memastikan mangsa, khususnya wanita dan kanak-kanak, menerima bantuan pemulihan dan pemulihan sosial yang menyeluruh.

Ketika ini, semua negeri kecuali Sarawak telah mempunyai rumah perlindungan yang beroperasi.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua rakan tempatan dan antarabangsa atas sokongan berterusan yang membantu Malaysia mengekalkan kedudukan Tier 2 dalam Laporan Pemerdagangan Orang oleh Amerika Syarikat.

terengganunews.my

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )