
PIS Taruh Gabungan Pengalaman dan Pembaharuan Dalam Misi PRN Sabah
KOTA KINABALU, 10 Nov — Parti Impian Sabah (PIS) kini mengesahkan kesiapannya menghadapi PRN Sabah ke-17 dengan menampilkan calon di semua 73 kerusi DUN, satu langkah yang dilihat menandakan kesungguhan parti membina asas baharu dalam politik negeri.
Presiden Michel Alok berkata, senarai yang melibatkan 16 peratus calon wanita dan muda ini menunjukkan keseimbangan antara pembaharuan dan pengalaman.
“Walaupun ada calon yang lebih berusia, semangat mereka kekal muda dan dekat dengan pengundi belia. Kita gabungkan pengalaman dengan idea baharu,” katanya.
Michel percaya gabungan ini dapat memperkukuh daya saing PIS sebagai pilihan alternatif untuk rakyat Sabah yang mendambakan kepimpinan segar dan dinamik.

