
Kerjasama Global Pacu Visi Lestari Terengganu Dalam Industri Nadir Bumi
KUALA TERENGGANU, 10 Nov — Terengganu kini melangkah ke arah ekonomi mapan berasaskan inovasi hijau menerusi kerjasama strategik dengan Australia, Jepun dan Korea Selatan dalam pembangunan teknologi NR-REE mesra alam.
Exco negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman, berkata usaha tersebut menjadi pemangkin kepada Pelan Induk Teknologi Hijau Terengganu (PITIH 2030) yang merangkumi projek tenaga hibrid hidro-solar Tasik Kenyir, loji hidrogen Kerteh, serta projek turbin angin pesisir.
Beliau menegaskan bahawa komitmen ini akan meletakkan Terengganu sebagai negeri peneraju ekonomi hijau, di samping menjamin pembangunan industri mineral yang mampan dan berpaksikan kesejahteraan rakyat.

