
Kutipan RM10 Juta Letakkan ‘Malam Terlarang’ Di Puncak Filem Seram Tempatan 2025
KUALA LUMPUR: Malam Terlarang, karya terbaharu terbitan Astro Shaw, mengesahkan statusnya sebagai filem seram tempatan paling berjaya tahun ini apabila merekodkan kutipan RM10 juta selepas memasuki minggu ketiga tayangan.
Menurut penerbit eksekutifnya, Raja Jastina Raja Arshad, sokongan penonton serta usaha promosi rakan pempamer dan media memainkan peranan penting dalam kejayaan tersebut.
Mengangkat tema gelap berkaitan ilmu hitam dan konflik keluarga, filem ini mengisahkan penyiasatan seorang remaja terhadap gangguan mistik yang mula menghantui keluarganya.

