Letupan Kubu Merah gegar Delhi, polis buru rangkaian pengganas akademik

Letupan Kubu Merah gegar Delhi, polis buru rangkaian pengganas akademik

NEW DELHI – Kejadian letupan berhampiran stesen metro Kubu Merah yang mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang semalam mencetuskan panik di ibu negara India dan mendorong Polis Delhi melancarkan operasi keselamatan berskala besar.

Menurut Press Trust of India (PTI), semua pintu masuk dan keluar Delhi kini dikawal ketat dengan kehadiran anggota polis dan pasukan separa tentera yang menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap setiap kenderaan.

Sumber keselamatan memaklumkan, pemeriksaan turut difokuskan di sempadan Ghazipur, Singhu, Tikri dan Badarpur, manakala pegawai kanan turun padang bagi menyelia operasi.

Dalam perkembangan mengejutkan, pihak polis menahan seorang pensyarah dari Mewat, Haryana, dipercayai mempunyai kaitan dengan sel pengganas kolar putih yang beroperasi di Universiti Al Falah, Faridabad.

Pemeriksaan lanjut menemui lebih 2,500 kilogram bahan kimia industri berbahaya, dipercayai digunakan dalam pembuatan bahan letupan.

terengganunews.my

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )