Deep Purple Ucap Selamat Tinggal Kepada Malaysia

Deep Purple Ucap Selamat Tinggal Kepada Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 Nov — Kumpulan rock ikonik Deep Purple bakal mengakhiri perjalanan panjang mereka dengan konsert perpisahan epik di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 23 November ini.

Dikenali dengan lagu abadi seperti Smoke on the Water dan Highway Star, konsert ini dijangka membawa kenangan dan emosi bagi peminat yang telah mengikuti mereka sejak era 70-an.

Disebabkan sambutan hangat, penganjur Hitman Solutions membuka tambahan tempat duduk bagi memastikan lebih ramai peminat dapat menyertai malam bersejarah ini.

“Konsert ini akan menjadi satu malam yang menghimpunkan semangat rock sebenar,” kata Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif Hitman Group.

Bagi peminat setia, ini adalah kesempatan terakhir untuk merasai tenaga Deep Purple secara langsung — satu persembahan yang pasti meninggalkan kenangan abadi.

terengganunews.my

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )