
KPM beri jaminan siasatan menyeluruh untuk menuntut keadilan bagi Iman Zhafran
“Keadilan untuk Iman Zhafran” — KPM beri jaminan siasatan menyeluruh
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan bahawa siasatan penuh akan dijalankan berhubung kematian murid Tahun Empat, Allahyarham Iman Zhafran Muhammad Hafizudin, di sebuah sekolah rendah di Senawang, Negeri Sembilan.
Dalam kenyataannya hari ini, KPM memaklumkan bahawa kes tersebut masih disiasat polis dan menegaskan keadilan mesti ditegakkan.
“KPM mengambil perhatian terhadap kenyataan keluarga Allahyarham. Tindakan tegas perlu diambil ke atas mana-mana pihak yang bersalah,” katanya.
Keluarga Allahyarham kini menuntut inkues diadakan selepas lebih sebulan tanpa maklum balas rasmi daripada pihak berkuasa.
Menurut peguam mereka, Muhammad Yazid Mohamad Salim, keluarga hanya menerima laporan awal daripada pakar patologi tanpa penjelasan lanjut.

