AI perkasakan strategi keselamatan pintar, integrasi data pelbagai agensi jadi kunci kejayaan

AI perkasakan strategi keselamatan pintar, integrasi data pelbagai agensi jadi kunci kejayaan

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri menegaskan bahawa pendigitalan keselamatan melalui kecerdasan buatan (AI) akan menjadi asas kepada strategi keselamatan negara dalam dekad akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kerjasama rentas agensi kini difokuskan melalui penubuhan Pusat Sains Data, yang berfungsi menghimpunkan maklumat daripada polis, imigresen, dan agensi kawalan sempadan.

“AI membolehkan kita mentafsir data besar dengan lebih tepat – daripada pola jenayah bandar hingga pergerakan manusia di sempadan – semuanya membantu perancangan strategik dan pencegahan risiko,” katanya di Simposium AI Transformasi Keselamatan 2025.

Saifuddin turut menyebut bahawa kemajuan AI bukan hanya meningkatkan keberkesanan siasatan, tetapi juga mengoptimumkan penggunaan sumber manusia dan mempercepatkan keputusan operasi di lapangan.

Beliau memberi contoh pelaksanaan teknologi AutoGate di Johor Bahru–Singapura, hasil dapatan analisis AI terhadap 500 ribu pelintas harian yang kebanyakannya penunggang motosikal serta penumpang bas.

terengganunews.my

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )