Pesona Sabah Tarik Hati Finalis Miss Cultural International 2025

Pesona Sabah Tarik Hati Finalis Miss Cultural International 2025

PAPAR: Gabungan budaya, kemodenan dan keramahan masyarakat Sabah benar-benar memukau para finalis Miss Cultural International 2025 yang berkunjung ke Bandar Baharu Benoni, Papar, pada Rabu.

Seramai 14 peserta dari tujuh negara Asia diberi peluang menyaksikan sendiri kemajuan pembangunan oleh WSG Group, termasuk projek Parklane City yang menampilkan keseimbangan antara kehidupan moden dan kehijauan semula jadi.

Mereka turut menikmati pengalaman santai di kafe popular seperti Goodcoco Café dan U-Tea, sebelum meneruskan lawatan ke 10Star Cinemas serta beberapa lokasi sekitar bandar tersebut.

Menurut Melissa Wong, Pengarah WSG Group, Sabah bukan hanya destinasi pelancongan, tetapi kini semakin dikenali sebagai pusat pelaburan hartanah antarabangsa melalui program Sabah My Second Home (Sabah-MM2H).

“Sabah ialah gabungan sempurna antara alam semula jadi dan kemajuan. Kami ingin dunia melihat potensi besar yang dimiliki negeri ini,” katanya.

Bagi finalis dari Taiwan, Hannah Tu, pengalaman di Sabah sangat berharga.

“Saya kagum melihat bagaimana budaya dan kemodenan berjalan seiring. Orangnya ramah, makanannya lazat, dan suasananya penuh warna,” katanya sambil memuji kepimpinan Datuk Susan Wong Siew Guen dan Melissa Wong yang disifatkannya sebagai inspirasi kepada wanita muda.

Selepas lawatan ke Benoni, para finalis meneruskan perjalanan ke Borneo Cultural Village dan Imago Mall, serta dijadual menghadiri majlis makan malam rasmi anjuran Lembaga Pelancongan Sabah di Sutera Harbour Resort menjelang malam kemuncak pertandingan pada 8 November di SICC.

terengganunews.my

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )