‘Reflections’: Jessica Jung Mulakan Jelajah Dunia Dari Kuala Lumpur

‘Reflections’: Jessica Jung Mulakan Jelajah Dunia Dari Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 10 Nov — Kuala Lumpur menjadi pilihan Jessica Jung sebagai lokasi pertama jelajah dunia Reflections Tour 2026, menandakan kemunculan semula penyanyi itu ke pentas Malaysia.

Konsert dijadualkan berlangsung pada 11 Januari 2026 di Arena of Stars, Genting Highlands, seperti yang diumumkan oleh laman tiket Fantopia.

Jessica berkongsi berita itu di Instagram dengan kapsyen pendek namun penuh makna: “The show begins. Countdown starts now.”

Tiket konsert akan mula dijual 20 November dengan harga antara RM288 dan RM988.

Jessica yang pernah menganggotai kumpulan Girls’ Generation kini dikenali sebagai artis serba boleh — aktif dalam bidang muzik, fesyen, kesusasteraan dan televisyen.

Selepas kejayaan jelajah Diamond Dreams pada 2024, Reflections dijangka membuka lembaran baharu dalam perjalanan seninya yang semakin matang.

terengganunews.my

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )