
SPRM aktifkan bilik gerakan 24 jam bagi pantau PRN Sabah ke-17
PUTRAJAYA, 10 Nov — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah mengumumkan pelancaran bilik gerakan khas yang akan beroperasi tanpa henti selama 24 jam mulai hari ini hingga 5 Disember bagi menerima aduan dan maklumat berkaitan rasuah serta salah guna kuasa sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Bilik gerakan tersebut ditempatkan di pejabat SPRM di Kota Kinabalu (017-8478740 / 088-488381), Sandakan (089-668746 / 011-18669877), Tawau (089-772743), Lahad Datu (089-868769), dan Keningau (087-336761 / 016-5771521).
Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat melalui emel [email protected].
SPRM menegaskan bahawa calon dan parti politik perlu mematuhi undang-undang pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 15 November sebagai hari penamaan calon, 25 November bagi pengundian awal, dan 29 November sebagai hari mengundi rasmi.

