Semua Mangsa Banjir di Besut Dibenar Pulang Selepas Air Surut

Semua Mangsa Banjir di Besut Dibenar Pulang Selepas Air Surut

KUALA TERENGGANU: Situasi banjir di Terengganu bertambah baik apabila air surut sepenuhnya, membolehkan semua 68 mangsa daripada 24 keluarga di Besut kembali ke rumah.

Menurut pengarah APM Terengganu, Kolonel (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin, mangsa sebelum ini ditempatkan di PPS SK Kuala Besut.

Walaupun keadaan pulih, beliau mengingatkan orang ramai bahawa risiko banjir masih ada memandangkan hujan lebat masih berlaku.

“METMalaysia sudah menjangkakan fasa baharu hujan lebat. Kita lihat hujan masih turun kuat pada waktu petang dan larut malam,” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut menasihatkan penduduk di kawasan rendah supaya sentiasa bersiap sedia berpindah jika keadaan memerlukan.

terengganunews.my

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )