DRB-Hicom Catat Kerugian Lebih Tinggi Dalam S3, Namun Hasil Terus Meningkat

DRB-Hicom Catat Kerugian Lebih Tinggi Dalam S3, Namun Hasil Terus Meningkat

KUALA LUMPUR: DRB-Hicom melaporkan kerugian bersih RM15.19 juta dalam suku ketiga, peningkatan ketara berbanding RM5.29 juta tahun lalu, disebabkan kerugian berat daripada pelupusan sekuriti pelaburan serta susutan nilai aset pelaburan.

Kerugian pelupusan sekuriti sahaja mencecah RM22.31 juta, manakala penilaian semula sekuriti pelaburan menambah RM10.67 juta lagi kepada kerugian.

Pendapatan faedah juga turun mendadak, di samping kerugian daripada derivatif dan hapus kira aset.

Namun, hasil meningkat kepada RM4.49 bilion disokong prestasi lebih baik sektor automotif, perbankan dan perkhidmatan.

terengganunews.my

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )