
Banjir Perlis Makin Serius, Angka Evakuasi Terus Meningkat
KANGAR: Keadaan banjir di Perlis menunjukkan trend semakin kritikal apabila jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada 5,244 orang daripada 1,559 keluarga sehingga 8 malam.
Menurut pihak berkuasa, 17 PPS dibuka di Padang Besar, Kangar dan Arau bagi menempatkan mereka yang terjejas.
Kangar merupakan kawasan paling teruk dilanda banjir dengan 2,621 mangsa, manakala Arau mencatatkan 1,450 mangsa dan Padang Besar 1,173.
Dalam pada itu, APM berjaya menyelamatkan dua penduduk Kampung Bakau yang terperangkap lama di kediaman mereka.
Banyak laluan di sekitar Kangar juga tidak lagi boleh dilalui akibat dinaiki air dan hujan berterusan pada sebelah malam dijangka memburukkan keadaan.
Perlis sebelum ini pernah mengalami banjir besar pada 2010 yang menjejaskan puluhan ribu penduduk.

