Hujan Dijangka Warnai Aksi Mendebarkan di GP Sao Paulo

Hujan Dijangka Warnai Aksi Mendebarkan di GP Sao Paulo

SAO PAULO – Litar Interlagos bersiap sedia menyambut hujung minggu yang mencabar apabila ramalan cuaca menunjukkan hujan dan ribut petir bakal menghiasi perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Sao Paulo.

Dengan langit mendung dan awan tebal dijangka menyelubungi bandar itu, para pemandu dan pasukan perlu menyiapkan strategi terbaik menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu.

Menurut FIA, cuaca kering dijangka pada awal minggu namun ribut petir akan melanda menjelang petang dengan peluang hujan sekitar 40 peratus dan suhu mencecah 28 darjah Celsius. Sabtu dijangka paling genting, apabila hujan lebat dan guruh mungkin menjejaskan perlumbaan pecut serta kelayakan utama.

Ahad pula dijangka sedikit tenang, tetapi suhu yang menurun hingga 18 darjah Celsius boleh mengubah keseluruhan pelan pasukan — terutamanya dalam pemilihan tayar dan pengawalan haba enjin.

Bagi peminat F1, Interlagos bukan asing dengan kejutan cuaca. Tahun lalu, sesi kelayakan terpaksa ditunda akibat hujan lebat, namun ia membuka jalan kepada perlumbaan penuh dramatik yang menyaksikan Max Verstappen muncul juara selepas bermula dari petak ke-17.

“Saya kehilangan 10 mata kepada Lando (Norris), dan saya tahu saya perlu lakukan segalanya dengan sempurna minggu ini,” kata Verstappen, yang kini bersedia menghadapi cabaran baharu di Brazil.

terengganunews.my

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )