
Inkues Zara Qairina: Pembela tuntut Sabah dihormati, dakwa keadilan tersasar dari landasan asal
KOTA KINABALU — Ketika inkues kematian Zara Qairina memasuki fasa yang semakin panjang, Pembela Malaysia tampil membawa naratif lain — bahawa apa yang berlaku di mahkamah bukan sekadar penyiasatan kematian seorang remaja, tetapi juga persoalan menghormati undang-undang Sabah.
Menurut presidennya, Datuk Seri Mohd Jeffry Rosman, masyarakat Sabah berhak mendapat proses perundangan yang terikat pada undang-undang negeri, bukan acuan Persekutuan.
“Perjalanan inkues ini sudah terlalu jauh daripada kerangka sebenar yang digariskan dalam Ordinan 1959,” katanya.
Jeffry juga mengingatkan bahawa Ordinan tersebut bukan sahaja menyediakan tatacara inkues, tetapi juga mekanisme juri yang memberi suara kepada kaum dan komuniti si mati — sesuatu yang sangat relevan dalam konteks Sabah yang berbilang etnik.
Katanya, setelah 127 hari sejak Zara meninggal dunia, keluarga si mati masih tidak melihat gambaran jelas bagaimana keadilan sedang dibentuk.

