Keutamaan BN Kini Beralih Kepada PRN Sabah, Isu MIC Dibincangkan Selepas Itu

Keutamaan BN Kini Beralih Kepada PRN Sabah, Isu MIC Dibincangkan Selepas Itu

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) menangguhkan buat sementara waktu perbincangan mengenai masa depan MIC bagi memberi sepenuh tumpuan kepada persiapan PRN Sabah.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, berkata semua parti komponen memahami keperluan memberi perhatian kepada pilihan raya di Sabah sebelum menyentuh hal-hal dalaman gabungan.

Beliau turut membayangkan bahawa Mesyuarat Dewan Tertinggi BN hampir pasti diadakan selepas PRN Sabah.

MIC sebelum ini mencuri perhatian apabila perwakilannya mengusulkan agar parti meninggalkan BN, namun usul itu masih dalam penelitian Jawatankuasa Kerja Pusat.

terengganunews.my

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )