Sarawak Di Landasan Gandakan Ekonomi Menjelang 2030 – Uggah

Sarawak Di Landasan Gandakan Ekonomi Menjelang 2030 – Uggah

KOTA SAMARAHAN: Sarawak berada di landasan untuk menggandakan saiz ekonomi kepada RM282 bilion menjelang 2030, kata Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata, di bawah Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030, kerajaan negeri bertekad menjadikan Sarawak negeri makmur dan lestari melalui pertumbuhan yang inklusif dan berimpak tinggi.

“Kerajaan akan memanfaatkan sumber semula jadi, teknologi moden dan tenaga kerja mahir untuk membangunkan industri bernilai tinggi.
Matlamat kita ialah memastikan kemakmuran dikongsi oleh semua rakyat Sarawak,” katanya semasa Majlis Konvokesyen ke-29 Unimas hari ini.

Uggah menyeru graduan agar memainkan peranan penting dalam pembangunan negeri, khususnya dalam sektor berteknologi tinggi yang menjadi teras ekonomi baharu Sarawak.

Beliau turut yakin generasi muda akan membantu menjayakan visi PCDS 2030, menjadikan Sarawak negeri yang kukuh dari segi ekonomi, inklusif dari segi sosial dan mampan dari segi alam sekitar.

terengganunews.my

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )