
Malaysia Terus Pelihara Hutan Demi Generasi Akan Datang
KUALA LUMPUR, 10 Nov — Ketika banyak negara berdepan isu penyusutan kawasan hijau, Malaysia terus mempertahankan statusnya sebagai negara berhutan dengan 54 peratus liputan hutan di seluruh tanah air.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, menegaskan komitmen Malaysia dalam memastikan pembangunan ekonomi tidak menjejaskan keseimbangan ekosistem.
Beliau berkata usaha seperti Program Perladangan Pokok Perindustrian (ITP) dan pensijilan MTCS telah memperkukuh reputasi Malaysia sebagai peneraju dalam pengurusan hutan secara bertanggungjawab.
“Jika kreativiti, kemahiran, dan kelestarian digabungkan, itu formula kejayaan industri kayu negara,” katanya.

