
Misi Kecemasan Pertama China ke Tiangong Dilancarkan Berjaya
BEIJING: China melaksanakan pelancaran kecemasan pertamanya ke stesen angkasa Tiangong selepas insiden retakan pada kapal angkasa Shenzhou-20 mencetuskan kebimbangan keselamatan terhadap angkasawan yang berada di orbit.
Kapal angkasa tanpa kru Shenzhou-22 meninggalkan Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan pada 12.11 tengah hari, menggunakan roket Long March-2F sebelum masuk ke orbit seperti dirancang, menurut CMSA.
Visual yang dikongsi CCTV menunjukkan detik roket itu memecut ke angkasa lepas, diikuti pandangan Bumi dari kapsul tersebut.
Tiga angkasawan di Tiangong kini menunggu kenderaan pulang baharu selepas Shenzhou-20 didapati tidak selamat untuk digunakan akibat kerosakan tingkap kapsul.
Pada 14 November, China telah menghantar Shenzhou-21 untuk membawa pulang kru angkasawan baharu, menyebabkan stesen itu tidak mempunyai kenderaan kecemasan.
Shenzhou-22 turut membawa bekalan makanan segar serta komponen penting bagi membaiki Shenzhou-20.
Kapal angkasa itu akan berlabuh di Tiangong sehingga April 2026 dan kemudiannya ditugaskan membawa pulang kru Shenzhou-21.
China sejak 2021 melaksanakan misi berkala menghantar tiga angkasawan setiap enam bulan ke stesen angkasa tersebut.

