PRN Sabah: 24,426 Undi Awal Bermula Hari Ini

PRN Sabah: 24,426 Undi Awal Bermula Hari Ini

PUTATAN: Pengundian awal PRN Sabah ke-17 bermula jam 8 pagi dengan 24,426 pengundi awal dari kalangan tentera, polis dan pasangan mereka hadir di 58 pusat mengundi seluruh negeri.

SPR mengumumkan bahawa pusat mengundi akan ditutup mengikut jadual masing-masing, manakala Sekolah Agama Kem Lok Kawi menjadi antara lokasi paling sibuk dengan tujuh saluran dibuka untuk 3,067 pengundi awal DUN Tanjung Keramat.

Sejumlah anggota tentera dilihat tiba seawal 7 pagi, ada yang membawa keluarga, menambahkan lagi suasana meriah di pusat pengundian.

Kerusi Tanjung Keramat menarik perhatian kerana mempunyai 11 calon, termasuk wakil GRS, Warisan, BN, KDM, PN, PIS, STAR, PBK, UPKO, Anak Negeri serta seorang Bebas. Lebih 26,000 pengundi berdaftar di kawasan ini.

PRN Sabah ke-17 secara keseluruhan menyaksikan lebih 500 calon berebut 73 kerusi DUN, dengan hari mengundi rasmi pada 29 November.

terengganunews.my

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )