
PRN Sabah: Keperluan Asas Jadi Komitmen Utama Calon PN di Sungai Manila
LAHAD DATU: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Sungai Manila, Yusri Abu, berjanji menjadikan isu asas seperti bekalan air, elektrik dan pencahayaan jalan sebagai keutamaan sekiranya dipilih pada PRN Sabah ke-17.
Menurut Yusri, perkara itu penting kerana penduduk memerlukan perkhidmatan yang stabil untuk meneruskan kehidupan harian tanpa gangguan.
“Air dan elektrik ini sering terputus. Apa yang rakyat mahu hanyalah kemudahan yang berfungsi. Bila balik malam, lampu jalan menyala, buka pili ada air, tekan suis lampu menyala — itu keperluan asas,” jelasnya semasa ditemui di Sungai Manila.
Sungai Manila menyaksikan pertandingan enam penjuru, manakala seramai 18,217 pengundi akan memilih pada 29 November ini.

