
Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia di Usia 69 Tahun
Pelakon veteran Dharma Harun Al Rashid meninggal dunia di rumahnya kira-kira jam 9.10 malam, menurut pengesahan anaknya, Muhammad Al Syafiq, 36.
Al Syafiq dilaporkan baru tiba dari kelas di ASWARA sebelum menemui ayahnya tidak lagi bernyawa.
Kesihatan Dharma sebelum ini semakin merosot sehingga beratnya menurun kepada 45kg.
Allahyarham terkenal menerusi filem Adik Manja dan Sikit Punya Gila, dan tinggal bersama dua anak yang masih menuntut di ASWARA.
Jenazah akan diuruskan di Masjid Abu Ubaidah, Taman Sri Rampai.

