Rakphol Tenang Hadapi Cabaran Berat Piala Asia Futsal 2026

Rakphol Tenang Hadapi Cabaran Berat Piala Asia Futsal 2026

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad futsal kebangsaan, Rakphol Sainetngam, kekal tenang walaupun Malaysia diundi dalam kumpulan maut Piala Asia Futsal 2026 bersama pasukan gergasi Iran, serta Arab Saudi dan Afghanistan.

Bagi jurulatih dari Thailand itu, undian tersebut bukan sesuatu yang perlu ditakuti, sebaliknya dianggap medan terbaik untuk menilai kemampuan sebenar pemain Malaysia.

“Kalau nak maju, kita mesti berdepan pasukan yang lebih hebat. Inilah masanya untuk pemain Malaysia belajar dan membina pengalaman berharga,” katanya.

Rakphol yang sebelum ini membawa skuad negara melangkah ke pusingan akhir percaya barisan kali ini memiliki semangat juang tinggi.
“Kami mahu ulang kejutan seperti di kelayakan tempoh hari. Tiada yang mustahil jika kami fokus dan bekerja keras,” ujarnya.

Beliau mengakui cabaran kali ini lebih sukar, namun tetap yakin dengan kemampuan pasukan.
“Dalam karier saya, saya sudah biasa dengan cabaran besar. Kami akan berikan yang terbaik dan pastikan Malaysia tidak mudah menyerah,” katanya.

Kejohanan edisi 2026 itu bakal menampilkan 16 pasukan yang dibahagikan kepada empat kumpulan, dengan lapan pasukan terbaik mara ke peringkat kalah mati.

terengganunews.my

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )