
Mazda BT-50 Baharu Dilancar
Mazda BT-50 Baharu Dilancar, Harga Dari RM138,000
KUALA LUMPUR: Mazda BT-50 Serba Baharu dilancarkan oleh Bermaz Auto Berhad, dengan harga permulaan RM138,000.
Model ini dikuasakan oleh enjin turbo diesel 3.0 liter, transmisi automatik enam kelajuan, dan pacuan empat roda (4WD).
Ciri keselamatan dilengkapi i-Activsense yang merangkumi BSM, RCTA, LDWS, ACC dan lapan beg udara, serta ditawarkan dalam lima warna pilihan dengan jaminan lima tahun/100,000km.
Selain itu, Mazda3 1.5L turut diperkenalkan, bermula RM118,900, dengan enjin SkyActiv-G 1.5L, transmisi automatik enam kelajuan, dan pakej keselamatan penuh.
Bermaz turut mengesahkan Mazda CX-5 baharu akan dilancarkan tahun depan, manakala struktur duti baharu EV akan menggantikan insentif cukai semasa bagi menggalakkan pemasangan tempatan.

