PDRM umum pertukaran 23 pegawai kanan, lima dilantik Ketua Polis Negeri

PDRM umum pertukaran 23 pegawai kanan, lima dilantik Ketua Polis Negeri

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 23 pegawai kanan berkuat kuasa 18 Ogos depan.

Ia antaranya melibatkan lima pegawai kanan berpangkat Deputi Komisioner (DCP) yang dinaikkan pangkat kepada Komisioner (CP), sekali gus dilantik sebagai Ketua Polis Negeri yang baharu.

Kelima-lima mereka menerajui kontinjen Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, serta Johor.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Kamaruzaman Abdullah berkata pertukaran tersebut antaranya melibatkan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Azizee Ismail yang dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang.

Pertukaran lain ialah Datuk Shazeli Kahar daripada Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur kepada Ketua Polis Selangor, menggantikan Datuk Hussein Omar Khan yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

“Datuk Fadil Marsus, Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pula dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur.

“Manakala, Adzli Abu Shah, yang kini Timbalan Ketua Polis Kedah dilantik sebagai Ketua Polis Kedah dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, Ab Rahaman Arsad dilantik sebagai Ketua Polis Johor,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Selain itu, 18 pegawai kanan lain termasuk Ketua Lesen Pasukan Urus Setia KPN (Lesen Senjata Api) Bukit Aman, Datuk Md Nazri Zawawi dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/ Perjawatan) Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner (DCP).

Kamaruzaman menambah Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, Datuk Mohd Sukri Kaman dilantik sebagai Timbalan Pengarah Risikan/ Operasi Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

Komander Briged Sarawak, Pasukan Gerakan Am Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Che Ghazali Che Awang pula bertukar ke Komandan Maktab PDRM, Kuala Lumpur dengan memangku pangkat DCP.

Manakala itu, Timbalan Ketua Polis Perlis, Baderulhisham Baharudin dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kedah dengan memangku pangkat DCP.

Turut terlibat dalam pertukaran tersebut ialah Ketua Cawangan Khas Sarawak, Mohd Taufik Toh Abdullah dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E6, Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

“Ketua Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Suffian Sulaiman dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Terengganu; Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Siasatan/ Perundangan Sarawak, ACP Lim Bak Phai kepada Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).

“Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Kedah, ACP Mohd Ismail Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perlis dengan memangku pangkat SAC.

“Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, ACP Mohd Afzanizam Yahaya dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/ Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC,” katanya lagi.

– Insp/ASP/DSP/ Superitendan Seksyen Penerbangan Helikopter Aw 139 (5) Pasukan Gerakan Udara Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Pangkalan Semenanjung, Superitendan Ras Nazrin Shah Abdullah dilantik sebagai Komander Pasukan Gerakan Udara Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Pangkalan Sabah, dengan memangku pangkat ACP.

– Pegawai Turus Pembangunan/ Implementasi Unit Teknologi Maklumat Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Bahagian Teknikal/ Operasi Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Superitendan Norshahidah Anuwar dilantik sebagai Penolong Pengarah (Teknologi Maklumat) Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Bahagian Teknikal/ Operasi Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, dengan memangku pangkat ACP.

– Timbalan Komandan (Urus Tadbir/ Kepolisan Am) Pulapol Kuala Lumpur, Razali Mohammed Shahid dilantik sebagai Penolong Pengarah Latihan (Urus Tadbir/ Latihan) Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan Bukit Aman, dengan memangku pangkat ACP.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )