Lebih 20,000 rakyat Malaysia sertai Global Sumud Flotilla

Lebih 20,000 rakyat Malaysia sertai Global Sumud Flotilla

KUALA LUMPUR: Sambutan rakyat Malaysia terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) melonjak kepada lebih 20,000 pendaftaran selepas misi terbaharu pasukan itu ke Gaza berakhir baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri, berkata sebelum misi dijalankan, hanya 600 rakyat Malaysia yang mendaftar.

“Selepas misi tamat, 20,000 lagi telah mendaftar. Break the silence Malaysia: accomplished,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Pada 2 Oktober lalu, rejim Israel memintas semua 42 kapal misi GSF dan menahan 495 aktivis, termasuk 23 rakyat Malaysia, yang kemudian dibebaskan secara berperingkat bermula 4 Oktober.

Kata Nadir, peningkatan mendadak ini menunjukkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap perjuangan kemanusiaan di Gaza semakin tinggi.

terengganunews.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )