Kes tembak di Golok: Suspek disyaki bersekongkol dengan adik

Kes tembak di Golok: Suspek disyaki bersekongkol dengan adik

KOTA BHARU: Polis percaya suspek utama kes tembak mati rakyat Malaysia di Sungai Golok bertindak bersama adiknya dalam serangan pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata adik suspek melarikan diri selepas kejadian dan kini diburu.

“Kedua-duanya berbahaya dan dipercayai mahir menggunakan senjata api,” katanya.

Suspek utama telah menyerah diri kepada polis Thailand sekitar jam 6 petang semalam dan kini dalam tahanan.
Polis juga menyiasat dakwaan suspek memiliki dua kerakyatan.

Setakat ini, tiada rekod jenayah terhadap suspek di Malaysia. Polis memperketat kawalan sempadan bagi mengesan adik suspek.

Media Thailand melaporkan suspek, bekas pemain bola sepak Kelantan berusia 31 tahun, ditahan bersama dua pistol.

terengganunews.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )