
Diskaun Saman Trafik PDRM Sehingga 70% Hingga 30 Disember
KOTA KINABALU: Orang ramai kini boleh menikmati diskaun sehingga 70 peratus bagi bayaran saman trafik menerusi Kempen Pengurangan Saman Trafik PDRM yang berlangsung hingga 30 Disember.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, berkata kempen itu dilaksanakan bagi memudahkan pengguna jalan raya menyelesaikan saman tertunggak dan pada masa sama meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya.
“Langkah ini bukan sekadar meringankan beban kewangan rakyat, tetapi juga satu peringatan untuk terus mematuhi undang-undang jalan raya,” katanya.
Bayaran boleh dibuat secara atas talian melalui aplikasi MyBayar PDRM, di kaunter trafik IPD Kota Kinabalu, atau di Pos Malaysia seluruh negara.
Bagaimanapun, diskaun tidak melibatkan kesalahan tidak boleh dikompaun dan kadar minimum bayaran ialah RM30.

