
Adakah Malaysia Kembali ke ‘Era Resident British’? – Ahli Parlimen persoal ART dengan AS
KUALA LUMPUR, 5 Nov — Semasa perbahasan Peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Amzad Hashim (Kuala Terengganu) mempertikai keperluan konsultasi berulang dengan Amerika Syarikat di bawah Perjanjian Timbal Balas (ART), menyifatkan keadaan itu seakan mengulangi pengaruh ‘Resident British’.
Beliau meminta kerajaan memperincikan perbezaan antara ‘termination clause’ dan ‘exit clause’, khususnya tentang tanggungjawab dan kesan yang timbul sekiranya Malaysia menamatkan perjanjian atau bertindak keluar.
Menurutnya, kejelasan mengenai dua klausa tersebut penting bagi memastikan setiap komitmen antarabangsa tidak mengorbankan kedaulatan serta kepentingan jangka panjang negara.

