Qabil Di Petak Kedua, Adam Layak Ke Perlumbaan Utama di Valencia

Qabil Di Petak Kedua, Adam Layak Ke Perlumbaan Utama di Valencia

Pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan, akan memulakan perlumbaan 1 kategori 190cc dari petak kedua pada Kejohanan Dunia FIM MiniGP 2025 yang berlangsung di Litar Ricardo Tormo, Valencia, Sepanyol, esok.

Juara ESBK Talent itu mencatat masa 42.209 saat, hanya 0.091s di belakang pelumba tuan rumah Shengbo Sun, yang meraih petak utama dengan masa 42.118s. Judd Plaisted dari Australia pula menamatkan kelayakan di tempat ketiga dengan catatan 42.397s.

Seorang lagi wakil negara, Adam Aiman, berada di kedudukan ke-18 (43.066s) dalam sesi kelayakan utama, namun bangkit cemerlang apabila mencatat masa terpantas 42.742s dalam pusingan kelayakan tambahan — sekali gus melayakkannya ke perlumbaan 1 dan 2.

Bagi kategori 160cc, juara MiniGP Malaysia, Al-Adam Mikail Mohd Hamirul Aliff, akan memulakan saingan dari petak kelapan selepas mencatat 44.448s. Petak pertama menjadi milik pelumba Sepanyol Witold D. Kupczynski (44.797s) diikuti Jan Babiarz (Republik Czech, 43.862s) dan Daniel Putorti (Itali, 44.087s).

Sementara itu, adik Qabil, Qasha Irfan, tidak bernasib baik apabila terjatuh dalam sesi kelayakan pertama dan kini perlu melalui dua lagi pusingan kelayakan tambahan, dengan hanya satu slot terakhir ditawarkan untuk perlumbaan utama esok.

wilayah.com.my

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )